Bila bercakap pasal hati , suma mesti tahu kan ? hati adalah perasaan yang memang normal dalam diri setiap manusia. Macam aku juga mempunyai hati dan perasaan. Aku terlalu menjaga banyak hati sampaikan hatiku tidak terjaga. Pertolongan juga diberi demi menjaga hati tetapi , ucapan terima kasih langsung tak ada. Sampaikan diri dalam kesusahan pun tetap menjaga hati orang. Hati yang aku cakap hati yang aku sayang sangat-sangat. Aku tidak menafikan dalam masa yang sama hati aku juga sakit. Tapi apa aku boleh buat? bersuara mungkin tidak. kerana aku menjaga hati seseorang. Aku cukup bersyukur kerana dikurniakan perasaan yang tabah, cekal dan sentiasa bersabar dalam menghadapi sebarang masalah, tetapi aku juga insan yang lemah. Hati aku bukan hati batu. Tabah dari segi mental dan fizikal , aku tetap bersyukur tak semua orang setabah aku. Aku kekadang menanggung sakit seorang diri tanpa pertolongan dari sesiapa. Aku menanggung seorang diri , namun aku tetap cekal menghadapi. Ya aku seorang perempuan, aku seorang anak , aku juga bakal menjadi isteri dan bakal menjadi ibu. Aku berharap aku berjaya menjaga hati orang lain tanpa mempedulikan hati sendiri. Setiap hari aku makan hati , tak banyak aku minta cuma menghargai aku seadanya. Duit , harta xmenjaminkan apa-apa bagi aku. aku tak pernah minta apa-apa cuma perhatian sahaja.pada insan yang disayangi aku mohon hargailah aku seadanya. takkan ada macam aku melainkan aku sahaja. 

0 comments:

Post a Comment

Jangan malu2 atau segan ye .. Hehehe .. Cekomen ckit ..
:)