Hidup ini sangat sukar adakalanya kita di atas adakalanya kita di bawah . Semua orang pernah merasainya. Di dunia ini tiada manusia yang sempurna apalagi yang sentiasa di atas. Umpama bunga mawar yang segar dan mekar akhirnya layu apabila tiba masanya.Tetapi kitaran hidup kita bukan seperti bunga mawar yang dimaksudkan. Hidup ini penuh cabaran dan dugaan. Terkadang terkena duri yang menikam bak sembilu.Hidup ini tidak akan layu seandainya kita menyirami hati dengan perkara perkara yang positif.Bunga mawar akan layu andai tiba masanya dan apabila disirami semula ia tetap akan layu dan tidak mungkin segar kembali.

Apabila kita berada diatas dengan kejayaan ingatlah bahawa adalagi orang yang berada dibawah.Tidak semua orang diatas dengan kejayaan. Ingat kejayaan adalah milik Allah.Dengan mudah Allah akan tarik balik nikmat yang diberi.Seandainya kita sentiasa bersyukur kita pasti akan diredhai oleh yang berkuasa.Biarpun beribu manusia yang busuk hati dengan kita , kalau Allah tidak membenarkan perkara ini pasti tidak akan terjadi.

Jesteru itu sama sama lah kita meredhai nikmat yang diberikan dan semoga kita semua berjaya di dalam kehidupan yang semakin meningkat maju ini . 

0 comments:

Post a Comment

Jangan malu2 atau segan ye .. Hehehe .. Cekomen ckit ..
:)