Hidup ini sangat sukar adakalanya kita di atas adakalanya kita di bawah . Semua orang pernah merasainya. Di dunia ini tiada manusia yang sempurna apalagi yang sentiasa di atas. Umpama bunga mawar yang segar dan mekar akhirnya layu apabila tiba masanya.Tetapi kitaran hidup kita bukan seperti bunga mawar yang dimaksudkan. Hidup ini penuh cabaran dan dugaan. Terkadang terkena duri yang menikam bak sembilu.Hidup ini tidak akan layu seandainya kita menyirami hati dengan perkara perkara yang positif.Bunga mawar akan layu andai tiba masanya dan apabila disirami semula ia tetap akan layu dan tidak mungkin segar kembali.

Apabila kita berada diatas dengan kejayaan ingatlah bahawa adalagi orang yang berada dibawah.Tidak semua orang diatas dengan kejayaan. Ingat kejayaan adalah milik Allah.Dengan mudah Allah akan tarik balik nikmat yang diberi.Seandainya kita sentiasa bersyukur kita pasti akan diredhai oleh yang berkuasa.Biarpun beribu manusia yang busuk hati dengan kita , kalau Allah tidak membenarkan perkara ini pasti tidak akan terjadi.

Jesteru itu sama sama lah kita meredhai nikmat yang diberikan dan semoga kita semua berjaya di dalam kehidupan yang semakin meningkat maju ini . 
Disatu petang yang sunyi aku dikejutkan whatsapp dari sidia . Bibir tersenyum , hati gembira bila menerima whatsapp dari si dia. Harapkan berita yang indah indah . Setelah aku membuka whatsapp hilang senyuman indah dari ku . Menggigil tangan membaca whatsapp dari si dia . Remuk redam hatiku bagai ditoreh sembilu tajam . Ya Allah hanya mampu di lafazkan . Si dia mengirimkan sepotong ayat yang cukup mengguris hatiku " kita buat haluan masing masing" apakah salah ku ? Kenapa kau tega buat aku sampai macam nie . Aku bertanya tapi jawapan yang sangat menghampakan "kita dah tak sehaluan" . Adil kah aku dihukum sebegini . Ya Allah bagilah aku kekuatan untuk menghadapi . Segalanya aku sanggup berkorban , aku setia pada yang satu , segala jiwa dan raga aku kepadanya. Allah , kenapa aku diuji sebegini. Aku tak mampu berkata , nak menangis tiada guna . Aku cuba muhasabah diri . Dia mungkin bukan yang terbaik buat aku . Tapi mengapa saat aku tengah bahagia semua ini ditarik bagaikan merentap terus. Aku pasrah . Aku keliru. 

Bayangkan perasaan bila kita bercinta , aku paling takut saat berpisah . Setiap pertemuan pasti ada perpisahan. Bayangkan saat kita bersama si dia , kita minum kita makan depan dia , gelak ketawa susah senang bersama si dia , kenangan bersama si dia memang susah nak di lupakan. Apabila kita merajuk ada yang memujuk , bila sakit demam ada yang ambil tahu ambil berat . Aku sangat berharap dia adalah teman hidup dunia akhirat . Tapi Allah yang berkehendak , mcm mana kita nk tolak . Menangis air mata darah sekalipun kalau Allah xmengizinkan pasti jua tidak terjadi . Setiap pertemuan pasti ada perpisahan . Aku berharap si dia bahagia dengan pilihan hatinya. Doa aku sentiasa mengiringi kalian . Walaupun dalam hati ada rasa dendam tapi aku cuba memadam semua. Aku cuba memaafkan segala perbuatan si dia tapi nk melupakan sama sekali tidak akan . Aku harap jangan permainkan perasaan perempuan mcm mana hati saya di permainkan . Terima kasih atas segalanya . Salam kasih dari saya . :') 
Wanita hari ini . REtro dan vintage . Tapi aku xpaham tang mana retro dan vintage kat tudung beliau . Dah macam singa ja aku tengok . Wakakaka :D
Assalamualaikum .. Sempena tengahari nak ujan nie , cek xda keja apa . jadi teringin pulak kan nk update blog nie . Macam lama ja xupdate . Hehehehehe :) Okey , sekarang kan musim semua orang nak mendirikan rumah tangga . Aihh cek pun belum lagi . Jodoh xmai lagi . Cek nk wat mcm mana kan . Hehehe . Xpala bukan apa , cek suka sangat tengok busana pengantin yang indah2 . Teringin nak pakai tapi xtau bila la nak pakai kan . Hahahaha . Xpa kita tggu ja . Jodoh ditangan Allah kan. Dah sampai masa insyallah cek kawen jugak no. Hehehehehehe . Amboy celoteh panjang cek ari nie . Haa niee cek ada ranking2 busana pengantin yang paling cantik cek tgk pada tahun 2014 nie . Bagi cek laaa bagi hampa cek xtau nah hehehe. Ada 6 busana yang cek tengok paling berkenan . Mungkin dapat menjadi inspirasi kepada bakal bakal pengantin kat luaq sana . Apa kata mai tengok busana mana yang berkenan then p wedding planner p request sendiri laa na . cek bukan wedding planner . Hahaha . Ok jom kita tengok busana yang ke 6 . Walaupun ke 6 tapi still cantik dan menawan uolssss . Terbaik di applykan sedikit kain kain songket dgn lace manik nampak memang superbb. Macam orang kata campur tradisional dan moden . Cantik sangat !


Hat nie pulak busana no 5 , sesuai untuk akad nikah xpun nak tunang yang grand2 yang naik kuda bagai mcm elly mazlien , last2 hapa pun tarak hahaha , dan lagi naaa .. mami jarum betoii .. hahaha . sesuai untuk pakaian muslimah bertudung xover seksi sangat dan nampak suci ja kaler putih kan . nie menjadi pilihan cek laaa untuk no 5 uolsss .. Mmg cantikkk rekaan arma wedding couture tau !!! apalaa nak dibandingkan cek dgn arma nk komen baju dia pulak .. hahaha xpa pendapat kan . :p 


Haa tengok pulak busana no 4 nie , warna ala2 peach gitu dengan potongan badan yang sopan sesuai untuk muslimah yang bertudung pada masa kini. Memang comey warna busana nie , cute sangat kalau orang yang pakai cute mmg lagi cute . Macam nie sesuai untuk akad nikah dengan sanding . Dengan lace yang tidak keterlaluan dan tidak terlalu sarat dengan manik dan lace sememangnya cantik digayakan untuk pengantin yang bakal bersanding hehehehehehehehehehehehehehehehe :) 


Yang n0 3  cek xtau pesyen apa tapi maybe pesyen busana yang terkini kan . Gabungan dua warna yang nampak simpe tapi sangat elegan . Lace dan manik yang tidak sarat dan tidak nampak berat dibahagian lengan dan dada . Tidak terlalu ketat dan sesuai untuk para pengantin muslimah . Kebanyakkan dah jarang ada penagantin yang tidak bertudung . Tapi ada jugak yang tidak bertudung . Macam p ramlee cakap kadang kadang dan jarang jarang hahahahahaha  :D 


Hat no 2 nie dari jauhh nampak dah . Hahahaha warna hijau terang kot . xtau nk kata hijau apa. tapi mmg cantik dengan potongan busana dan rekaan yang cantik sangat . Manik yang tidak berselirat just nice bak kata orang putih. Memang terbaik design busana nie untuk sanding tapi kalau xsilap cek laa gurl nie pakai untuk bertunang . wahh grand sgguh busana tunang kan . apalagi time akad nikah dengan sanding memang meletopsss la uolsss .. maybe kerabat diraja kan . xtahu laa tapi busana niee mmg superbbb , terbaik , simple , elegant and gergous !!!!!! 


Okey yang first niee memang cek suka sangat . Warna biru memang menarik uolsss . Memang kebabom,, Bajet maybe tinggi laa untuk busana nie . Sebab kalau diikutkan sewa pun dah mencecah 1k tapi design sendiri kita mintak and pulangkan balik baju tue, if kalau kita nak mesti mececah ribuan ringgit . Dengan warna yang menarik , tidak jugak terlalu berat dan sarat membuat kan pengantin nampak elegant dan berkarisma . Kalau bleh cek nak pakai mcm nie tapi xmau la wana biru terang ang ang nie , biar soft and nice macam pinkish and whitee memang sweet gituu . wahahahaha. berangan macam2 tapi calonya xda lagi . xpa sabar kan separuh daripada iman . Jom tengok ! 



Okeyy , habis sudah pengkritik tidak berbayaq macam cek . Tapi bukan kritik mana pun haha just bagi pendapat . sebab kita pun adalah ckit pengalaman . kalau nk jadi wedding plaaner hampaa jangan lupa col cek naa .. hahaha menjadi ke idok kan .. hahahaha okeyy bubyeee uolsssss muahhhhmuahh :D




Jutaan tahniah diucapkan kepada Eina Azman, 19 tahun yang bakal mengakhiri zaman gadisnya pada hari Ahad ini. Eina Azman akan mendirikan rumah tangga dengan Datuk Paduka Kaiser Gurmeet Harden atau lebih mesra dengan nama Datuk Gmix, 35 tahun. Mereka berdua bakal disatukan di dalam majlis pernikahan yang akan berlangsung di Hotel Grand Hyatt Kuala Lumpur pada malam 31 Ogos. Okey laa tue kannn hilang gosip panas2 hang noh . 
Assalamualaikum yaa sumaa.. today hari nie nak merepek -repek laa pasai lelaki . haha lelaki ada lelaki lah kan. lelaki adalah seorang lelaki . Hah apa aku merepek laa kat sini . Oke laa disini aku ada sertakan tips nk memikat hati lelaki . Ha nie bagi yg single mingle ja. Yang dah ada tue takyah laa dok menempek sini . Usha tajuk lain. Haha menghalau nampak. Tak laa , aku xnk laa disebabkan blog aku nie xpasai2 aku kena serang hendap . HAha .. masyallah .. Tapi kalau nk usha jugak ikot hampa lah kan. hahahaha. mana nk tau dapat takel bf baru . ye dak ?? HAHAHA .. 
Okela , kembali serius.. HOHO . Tips nie dapat membantu hampa memikat hati lelaki yg hampa suka tanpa menunjukkan kegatalan tahap melampau. Just sopan2 malu2 kucing . Hah apa lagi , moh kito baco samo2 . moh2 . 
  1. Sentiasa tersenyum dan jangan bersikap sombong apabila berinteraksi dengan mereka.
  2. Pandai memasak adalah ciri-ciri utama mengapa lelaki mudah terpikat dengan anda.
  3. Berpewatakan menarik mampu menarik minat mereka.
  4. Jujur dan sentiasa merendah diri.
  5. Lakukan apa yang dia suka dan jangan lakukan apa yang dia tidak suka.
  6. Mempunyai bentuk badan yang menarik (terpulang kepada individu).
  7. Mempunyai tingkah laku yang baik dan lemah lembut.
  8. Pandai dalam memainkan peranan sebagai seorang wanita ketika berada di samping lelaki yang anda minati.
  9. Jangan terlalu mengongkong.
  10. Ketika berinteraksi dengan mereka jangan lupa gunakan bahasa tubuh yang anda ketahui seperti mata dan tangan.
  11. Jaga cara pemakaian anda, sopan lebih elok.
  12. Sering memberikan kad ucapan buat si dia yang kamu minati untuk ‘plan’ pertama memikat dirinya.
  13. Lelaki sukakan wanita yang suka berterus terang tanpa menyembunyikan sesuatu.
  14. Apabila berhadapan dengan lelaki yang kamu minati, renungi matanya dan tunjukkan sifat humor kamu. Ini adalah taktik untuk memberitahu si dia bahawa kamu boleh didekati tetapi bukan bererti kamu ini perempuan murahan dan mudah didekati.
  15. Jangan bersikap selalu jual mahal apabila berada bersama mereka.
  16. Bijak menyesuaikan diri dalam apa jua keadaan.
  17. Tidak mudah putus asa dan sentiasa berdiri di atas kaki sendiri tanpa meminta pertolongan dari orang lain.
  18. Jangan suka bercakap benda yang tidak berfaedah ketika bercakap dengan mereka.
  19. Jangan bandingkan ‘dia’ dengan lelaki-lelaki yang pernah kamu kenali.
  20. Menjadi temannya ketika dia susah dan senang.
  21. Lelaki suka kamu menjadi pendengar yang setia dan tidak suka wanita yang suka membangkang.
  22. Yang paling penting lelaki suka dimanjai dengan belaian dan kata-kata yang romantik.
  23. Bunyi derapan kasut ketika berjalan juga mampu menarik perhatian lelaki.
  24. Lelaki tidak suka jika kamu memakai mekap yang terlalu tebal.
  25. Mengetahui bila hari lahirnya.
  26. Menghormati dirinya, keluarga dan teman-teman yang rapat dengannya.
  27. Bersikap matang dalam tutur-kata dan tingkah laku. Lelaki tidak suka wanita yang bersikap terlalu kebudak-budakan.
  28. Agresif.
  29. Jangan terlalu ‘excited’ ketika bertemu dan berbual dengannya. Contohnya berbual terlalu lama di telefon untuk perkenalan pertama.
  30. Jangan terlalu bersikap ‘kelakian’ dan ganas dalam pergaulan.
  31. Jangan terlalu menunjukkan bahawa kamu ini terlalu baik dan ‘perfect’.
  32. Jangan perasan bahawa kamu ini mempunyai paras rupa yang jelita.
  33. Sentiasa memegang prinsip sederhana dan tidak boros di dalam perbelanjaan.
  34. Bersikap keibuan adalah antara tips yang perlu kamu titik beratkan.
  35. Sentiasa bercakap lembut dengan mereka.
  36. Ketahuilah mereka ini adalah golongan yang terlalu sensitif dan suka akan kelembutan apatah lagi dari seorang gadis.
  37. Kenali siapa dirinya sebenarnya sebelum kamu memulakan langkah untuk memikat.
  38. Lelaki sukakan wanita yang suka menjaga kulit. Jangan biarkan wajah kamu dipenuhi jerawat batu!
  39. Aset penting bagi kamu untuk memikat lelaki adalah mata, punggung dan gaya langkah kamu yang kemas.
  40. Jangan bersikap terlalu kuno.
  41. Bertanya khabar sekurang-kurangnya dua kali seminggu agar tali persahabatan kamu dengannya tidak putus begitu sahaja. Mungkin suatu hari nanti sikap kamu yang terlalu mengambil berat mampu menarik perhatiannya.
  42. Usia dan bentuk badan bukan menjadi ukuran yang penting tetapi kecerdikan, kejujuran dan tingkah laku yang bersopan-santun.
  43. Lelaki sukakan seorang wanita yang beriman dan beragama namun begitu kamu tidaklah perlu terlalu alim.
  44. Menunjukkan bahawa kamu bukanlah seorang gadis yang mudah dipermainkan.
  45. Jangan terlalu merengek dan mengada-ngada.
  46. Jangan tunjukkan kelemahan kamu ketika berada di samping lelaki yang kamu minati.
  47. Lelaki sukakan wanita yang bijaksana dan matang serta mudah diajak berbincang.
  48. Berjaya di dalam apa jua bidang yang kamu ceburi.
  49. Tidak terlalu meminta dan jaga tata tertib kamu di meja makan.
  50. Jangan terlalu over nanti lelaki akan meluat pula dengan kamu!
Tengok !! Kemain kena memikat hati lelaki . HAHAHA .. Good Luck All The BEst !! 
Bila bercakap pasal hati , suma mesti tahu kan ? hati adalah perasaan yang memang normal dalam diri setiap manusia. Macam aku juga mempunyai hati dan perasaan. Aku terlalu menjaga banyak hati sampaikan hatiku tidak terjaga. Pertolongan juga diberi demi menjaga hati tetapi , ucapan terima kasih langsung tak ada. Sampaikan diri dalam kesusahan pun tetap menjaga hati orang. Hati yang aku cakap hati yang aku sayang sangat-sangat. Aku tidak menafikan dalam masa yang sama hati aku juga sakit. Tapi apa aku boleh buat? bersuara mungkin tidak. kerana aku menjaga hati seseorang. Aku cukup bersyukur kerana dikurniakan perasaan yang tabah, cekal dan sentiasa bersabar dalam menghadapi sebarang masalah, tetapi aku juga insan yang lemah. Hati aku bukan hati batu. Tabah dari segi mental dan fizikal , aku tetap bersyukur tak semua orang setabah aku. Aku kekadang menanggung sakit seorang diri tanpa pertolongan dari sesiapa. Aku menanggung seorang diri , namun aku tetap cekal menghadapi. Ya aku seorang perempuan, aku seorang anak , aku juga bakal menjadi isteri dan bakal menjadi ibu. Aku berharap aku berjaya menjaga hati orang lain tanpa mempedulikan hati sendiri. Setiap hari aku makan hati , tak banyak aku minta cuma menghargai aku seadanya. Duit , harta xmenjaminkan apa-apa bagi aku. aku tak pernah minta apa-apa cuma perhatian sahaja.pada insan yang disayangi aku mohon hargailah aku seadanya. takkan ada macam aku melainkan aku sahaja.