Dah 5 bulan kami menjadi pasangan kekasih. Aku sangat bahagia dan rasa di sayangi sangat . Setiap hari mesti dia text aku , col aku bila dah rindu. Aku rasa bersyukur sangat bila tengok dia dah berubah . Mungkin sejak dia dengan aku dia dah berubah. Aku sayang dia , aku sanggup berkorban untuk dia. Biar aku susah  janji dia happy dengan aku. Apa adanya dia . aku terima semuanya.. Satu ja kekurangan dia , dia tak pernah layan aku macam kekasih . Maksud aku tue , mungkin dia tak nak orang tgk kot mcm mana buruk rupa apabila pasangan yang belum sah halal berpelok depan awam. Satu hari tue , dia keluar dengan aku tapi dia xpenah pimpin tgn aku mcm semua loving couple buat . Aku sebagai seorang perempuan memang lah terasa kan. Tapi mungkin tue cara dia , aku tak kesah . Janji dia sayang aku :) 

Tapi sekarang dia dah lain atau mungkin hanya perasaan aku kot kan? aku kadang2 sedih jugak kenapa dia dah jarang text aku. Kenapa dia dah jarang col aku , kalau col pun sbb ada hal tertentu.Aku terpkir jugak dia dah xsayang aku ? atau dia dah bosan dengan aku sebenarnya? Setiap hari aku tggu msg dari dy. Walaupun satu msg wish good morning aku dah hargai.. Kenapa dengan dia sebenarnya? Aku tak tau nk cakap apa lagi. Aku harap dia akan fikir sedalamnya , apa yang aku dah buat untuk dia. apa aku dah berkorban untuk dia selama ney.. Sekarang aku dah redha , apa ja keputusan dia aku terima .. Terima kasih sayang untuk kenangan terindah ini walaupun sementara . Aku tak sanggup dilukai lagi . Andai dia bukan untukku , kau jauhkan lah dia dariku .Amin .. 
Bercinta , lumrah pasangan remaja sekarang. Ada cinta monyet , cinta sejati kononnya lah kan. Tapi betulkah cinta ney? Aku sendiri pikir.Kenapa kita kena bercinta? Tp kan setiap orang dicipta berpasang -pasangan kan. Bercakap pasal cinta , aku pun bercinta sekarang. Dalam percintaan mesti ada cemburu.betul kan? tp kenapa perlu cemburu kalau betul dia milik kita, actually , sah dia milik hanya selepas akad bukan time tengah bercinta neh. Kita hanya merancang , tuhan yang menentukan. Cemburu dlm bercinta mmg tak boleh dipisahkan, normally nya , mesti gegurl yang lebih cemburu. Tp sebab apa kita cemburu , sebab kita sayangkan seseorang . Cemburu biarlah bertempat dan berpada2 kan. Aku pun cemburu apa , bila dia bercakap dengan perempuan lain , sedangkan hanya sekadar bercakap.Then terus aku pujuk hati dan bertenang. Relaxlah , dan tak perlu nk melenting. Just biasa2 ja.Dia tak romantik langsung seriusly aku cakap. Tapi aku tak dak lah nk kesah sangat . Rasanya tak perlu romantik bagai ney . Wat biasa sudah .. Ye dak .. Dia sebenarnya sayang aku , tp dia xpandai nk tunjuk. Aku kadang -kadang terasa jugak. Aku tak ambk port sangat pasal benda ney sbb aku xragu2 n aku percaya he love me so much. Kebiasaanya kalau aku terasa sgt dengan dia aku cuma diamkan diri ja . aku xpandai nk angry bird sangat . Tapi untuk pengetahuan semua blogger lelaki akan cepat jemu dan bosan dengan perempuan yang cepat sangat melenting. Lelaki akan suka kalau kita memahami . Oleh yang demikian , aku tak nak marah dan takkan marah walaupun tue salah dia. Dia juga manusia biasa yang tak perfect. Berfikir rasional sebelum membuat keputusan atau nk marah .. Hehehe.. Ini just dari pengalaman aku sejak jadi kekasih orang. Hahahaha .. Love yaaa !!!


Assalamualaikum , 

Hai suma blogger ! Hehe , ada mood nk update ney . Walaupun blog xcantik mana pun , ttp nk update gak lah. Kali ney nk update pasal mylove pulak .. hehe. Mohd Afiq nama dia ney. Aku kenal dia dah 12 tahun .
Dri sekolah rendah smpi sekarang. :) Dulu aku tak suka dengan dia. Bencilah kononnya. Jumpa dia tengok muka dia pun aku dah meluat sangat2 .Tak tau lah kenapa. Tapi dulu orang tua cakap kalau benci lama2 sayang . Betul la kan? Sekarang aku dah sayang sangat dengan dia. 


Time aku kena tinggal dengan someone ney , aku tengah down gila.Dengan perangai kawan- kawan yang macam sakai lagi wat aku macam2. Tapi aku tak kesah , lantak hampa laa. Masa aku tengah down gila , MOHD AFIQ ney la yg bg semangat dekat aku. Bukan dengan kata-kata tapi dengan care dia pada aku. Masa ney aku dengan dia hanya kawan semata-mata. Cewahh .. Hahaha.. Dari situ lah aku nampak keikhlasan dia. Walaupun banyak orang bercerita buruk pasal dia. Tapi aku tak kesah , aku kenal dia lagi. Dah 12 tahun aku kenal. Yang penting aku sayang dia sangat-sangat. Aku berdoa sangat satu hari aku ada jodoh dengan dia. Amin .. :) 
saat aku jatuh dy yg ada disisi aku dan bangunkan aku , saat aku hilang sgalanya dy ada disisi mnemani aku , saat aku susah dy la dtg membantu aku , saat aku mula jatuh cinta , dy sudi memberi hatinya kpdku ♥ credit to : mohd afiq razali <3 Wǒ ài nǐ ♥






2012/04/08

Berikut adalah senarai pemenang Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) 2011 yang berlangsung di Arena Of Stars di Genting Highlands.

- Bintang Paling Popular: Aaron Aziz
- Artis Duo / Berkumpulan Popular: Ning Baizura/Shila Amzah/Jaclyn Victor
- Artis Baru Wanita Popular: Tasha Shilla

- Penyampai Radio Lelaki Popular: Faizal Ismail

- Artis Komedi Wanita Popular: Didie Alias

- Anugerah Pencapaian Sepanjang Hayat: Datuk Sheila Majid
- Pengacara TV Lelaki Popular: Zizan

- Artis Baru Lelaki Popular: Johan Ariff As’ari

- Pelakon TV Lelaki Popular: Fizz Fairuz

- Penyampai Radio Wanita Popular: Fara Fauzana

- Pengacara TV Wanita Popular: Fara Fauzana

- Artis Komedi Lelaki Popular: Johan Raja Lawak

- Anugerah Seri Perak: Datuk Siti Nurhaliza

- Penyanyi Lelaki Popular: Hafiz

- Pelakon Filem Lelaki Popular: Aaron Aziz

- Pelakon TV Wanita Popular: Fasha Sandha

- Pelakon Filem Wanita Popular: Maya Karin

- Penyanyi Wanita Popular: Yuna


hye suma .. mesti salah sorang dari blogger meminati neelofa kan? hehe ..
muka mmg sah2 cantik, comey lotey tapi pemakaian nya ? idola ape la cm ne .. orang yang xsumbangkan apa2 dalam industri nie bergaya melebih je kan? tak paham betoi >> tapi salutee izara aishah. ttp menawan dan anggun walaupun tak seksi .. cm ne lah artis yang banyak menyumbang kepada industri tanah air.bukan famous sbb pakai seksi .. opss, over suda.. sorry peminat neelofa... hehehe :D

Assalamualaikum ..
Mesti para blogger diluar sana yg tengah membaca ney , pelik kan .. gula? ada ke ?
sebenarnya gula boleh dibuat scrub bagi mencantikkan muka kita iaitu mencerah serta menghilangkan minyak dimuka.hasilnya akan terjadi jika rajin mengamalkannya... tp kita hanya berusaha, tuhan yang tentukan . :)
nak tau caranya?? meh sini ... senang jer ..
ambik segenggam gula then guna pencuci muka kamu seharian yang selalu digunakan tue ..
dan campurkan sekali dengan sedikit air.. pas tue , sapukan perlahan -perlahan dimuka dengan membuat bulatan dari bawah keatas..
salam 5minit cukup :D
gula berfungsi sebagai scrub dan mempunyai kebaikan untuk muka.. nanty lagi mnis muka.. hahaha .. okey lah >> selamat mencuba tau ! chawww

Assalamualaikum semua .. hehe ,
updated lagi :)
Hehe , cantik x banner aku buat?
berjam2 juga aku buat .. Haha , akhirnya terhasil jugak walaupun tak cantik .. hehehe
susah kan nk wat header mcm ne .. mcm2 kena pkir..
yang penting kita perlu kreatif ...
pandai bermain warna yang ada dan ton yang ada hehe..
adobe photoshop susah ckit ..
remeh :)
tp kalau nk lg senang pe kata suruh je orang buat ...
tp setahu saya la .. nk buat header biasa mcm sy ne.. lebih kurang 10rgt ..
mahal jugak ..
tp tue ja kan paling senang .. hehe , okla ... chowww .. babai :)




Dengki melihat kelebihan orang lain,kenapa manusia mcm tue ye? tak paham aku .. Aku tak penah nk dengki kat org, aku tumpang senang kawan-kawan bahagia. Tapi apa aku dapat? dengki , xsuka aku , meluat tgk aku .. knp hah? YA ALLAH YA TUHAN KU , knp Kau kurniakan kawan-kawan tak mengenang budi mcm ney? Aku buat baik salah , aku buat jahat salah. Susah kan? Apala nasib aku. Malang sangat. Kadang-kadang terpikir besar mane sgt karma aku buat ? aku buat baik ,org xnmpk ... Bila salah , org pandang aku sebelah mata. Ya Tuhan , Ampunilah dosaku .. :(
Assigment ! pehal la kena wat banyak sgt .. swasta lak tuh , kerajaan tak pa la banyak pun.. dah la bayar mahal.. pas tue assgment banyak .. kedekut markah .. Eleh !!! ne geram ne, nk lepas tension tau x.ary2 tgk laptop ! pnat tau x lecterure !!!! dah la xdpt gaji , keja lg kena wat .. mengalahkan masuk uitm ja.. uitm pun okey.. nympah aku.. dah la bagi kerja sekolah.,,esei lg .. suruh wat big book .. kos mahal ingt pak aku cap duit ka weiiii!!!!!! geram betoi.. duit pt, kedarah abes.. hostel smpi 800rts... xcian student ka?? hampa ne ikhlas wat ke .. ke nk kaut untung?? aku pun manusia biasa la .. penat da dlm kamus hidup aku tau !!!
dulu masa kolej aku lg truk la wat kerja, wt asgment...bukan esei tulis dalam laptop .. cm budak sekolah ja.. dulu aku guna kemahiran da !... 3 4 HELAI DRAwing.. aku tak kesah .. nk tau sbb apa???? KERAJAAN BAGI DUIT ! PERUNTUKKAN LA UNTUK STUDENT BAWAH KPTM ! berbaloi la belajar situ ! Huh !!!!
Salam ! Hye .. suma sihat x? setiap orang pasti ada masalah kan ? tapi tiada masalah yang tidak dapat diselesaikan.betul x ? cuma masalah kecil atau besar la ..
MASALAH ! kenapa ada masalah ?kalau boleh nak ulang balik time kecil2 dulu, sebabnya? tiada masalah yang perlu difikir.. Hanya makan, tido, main ! kan ?
Bila kita dah meningkat usia ne, semakin banyak dugaan .. Mungkin Allah nk duga kita, sekuat mana iman kita menghadapi dugaan dariNya. Tiada manusia yang sempurna.Adakah dengan Allah menguji kita .. kita ttap teguh padaNya atau membuat sesuatu laranganNya. Masalah paling popular ialah masalah duit.Tanpa duit , kasih syg tidak dapat dibeli. Nak tahu knp kasih syg tidak dapat dibeli bila tiada duit ? Kita semua nk kawen , tp tak da duit.. Mcm mana kita nk kawen? nk pinjam along.. Mustahil .. Masalah duit juga terjadi pada student.Mana ada student yang selekeh skrg ne.Suma voke2, ada kelas, kereta mahal, handset BB la kan xpun iphone , shoping suma brg brand .. Guess, Topman, Roxy, Mng . Mana da dyorg pegi beli kat kedai tepi jalan yang baju sehelai 9.90 kan ? Mungkin ada yang hidup mewah , sanggup bergadai maruah diri untuk kemewahan.Itulah kebanyakkan student zaman sekarang .. Duit adalah segalanya sekarang!
saya pun skrg, mmg kesusahan dari segi wang, bertimpa2, utang buku , utang baju dan mcm2 lg.. laptop rosak, keta rosak , moto rosak sekaligus ! tulah menunjukkan dunia zaman sekarang mmg DUIT..
Tapi walau mcm mana pun dugaan dtg, kita harus redha bersyukur padaNYa, kita xseperti di Palestin yang tiada mknan lgsg.Alhamdulilah walaupun tiada duit , tp still boleh mkn.Bersyukur pd Allah dan berdoalah padaNya .. Allah Maha Adil .. :D
Pasti korang semua bagi perempuan ada teman lelaki kan ? pernah tak teman lelaki korang menangis untuk korang ? Hmm pasti ada .. Tangisan seorang lelaki amat berharga, tidak akan menitik kerana ego ! Ego lelaki memang tinggi.Lelaki hanya akan menangis apabila emak , kakak dan adik perempuanya sahaja.Tak semudah lelaki nak mengeluarkan air mata untuk seseorng kekasih yang belum bergelar ISTERI .. Pernah x korang terpikir betapa mahalnya air mata lelaki ini . . Bila mereka menitis air mata kerana anda anda sangat bertuah.Dia adalah lelaki sejati, bukan tangisan yang dibuat2.
Dia , kekasih saya mengeluarkan airmata kerana saya.Terharu kan ? Ini lah tanda lelaki tersebut betul2 mencintai korang.

Hargailah dia selagi dia ada . Jangan kita tinggalkan org yang menyayangi kita , kerana org yang korang suka tue, akan tinggalkan korang untuk org yg dia sayang.Terimalah dia seadanya.. Walaupun dia serba kekurangan bersyukurlah ada org yang menyayangimu didunia ini .. HARGAILAH SESUATU SEBELUM HILANG :)

Assalamualaikum !!!! ne satu tips nk kongsi dgn suma blogger .. :) Bila bangun pagi , pasti anda semua terus pergi mandi ? Salah satu muka berseri dan natural tanpa mekap , minum air suam atau air masak sebelum menggosok gigi .. senang cite sblum masuk toilet .. Keh3 .. satu lagi petua yang memang cukup senang hanya 5x seari je tawww ! Hehe , nk tau petuanya? ala, ambil air wuduk saja .. pasti muka berseri2 dan bercahaya serta nampak lebih segar. Kalau dah segar , mesti lebih berketerampilan semasa di pejabat atau di universiti.. Ala, yg masih sekolah pun pasti berseri , nanty ramai tertawan ! Insyallah ..
Malam New year !Arghhh !!! Aku benci malam tuh !!!!!semua org pasti nk sambut kan ? Macam jugak aku lah kan .. Hehehe .. Biasa la darah muda..Aku actually , tak nk kuar sbnrnya, but mmbr aku lah ajak xbehenti.Sampai merajok la, haii mcm2 lah kan ..Aku pun kuar la kan just tgk bunga api jer bukan nk wat benda bukan2 pun , buat pengetahuan anda semua ye keh3 .. Time nak balik tu lah , aku lalu kot Federal Higway kot .. tiba2 satu keta Iswara macam nk mai himpit keta aku , biar betoi .. last2 mmg betoi dia himpit doe keta aku ! sampai terbalik .. kiranya aku nk cita aku xcident larh !! hehe , tp alhamdulilah aku n mmbr2 aku xde apa2 luka atau pa2 kecedraan..
Malam tue mmg ngeri gila .. dah serik aku nk kuar p berjalan ney .. tp Allah bagi aku 1 peluang lg untuk bernyawa dan menebus suma kesalahan aku tue .. Kira dapat hidayah larh ! hehehehe.. Aku bertekad tak nak lagi kuar merapu2 .. nk berubah jadi seorang yg solehah .. ! Habes dah cita ..
p/s: jangan terlalu mengejar nikmat dunia , sekali Allah tarik .. Nauzubillah .. :)